Wednesday, April 15, 2009

Catatan ketika kelas Yugongab Konghak

Merancang perjalanan kehidupan adalah suatu imiginasi yang indah dan mudah. Semuanya berjalan mengikut kehendak dan perasaan. Halangan dapat diketepikan dan hany keseronokan diceritakan. Walaupun mengetahui tidak semuany akan berjalan seperti diimpikan, otak ini tetap terus membayangkan. Pembelajaran di depan hanya tinggal omongan, hanya pen biru ini menari di tangan. Baru lima minit masa berjalan terasa seperti satu jam dalam fikiran. Dan pen biru ini terus menari mengharapkan jarum jam mencapai angka 12. Hanya rehat sepuluh minit kuperlukan. Secawan kopi akan kucapai dan akan terus menyambung khayalan.

Catatan ketika kelas Yugongab Konghak 1150am


Aku tak tahu apa mahu ditulis ketika ini. Tapi ingin juga aku sambung karya-karya alienku. Maaf aku mengarut dan buang masa kamu untuk membaca. Kalau kamu hendak tahu apa aku buat apabila tidak paham sepatah haram kata-kata kyosu(lecturer). Ini salah satu contohnya. Aku hanya menulis mengikut ayat yang terlintas difikiran. Agak-agak bunyi sedap semua aku sebat. Tetapi biasanya aku akan penuhkan sahaja meja putih di depan mata dengan contengan buruk dan hina

Tuesday, December 9, 2008

Aku menghafal

Sebelum mula bercerita biar aku beritahu kamu satu perkara...
Sekarang pukul 5:12am di Seoul dengan suhu sekitar 6darjah tanpa salji tapi diselubungi hujan gerimis...
Apa aku buat pagi-pagi buta begini?
Itu yang aku nak kabarkan... aku baru pulang dari library tingkat 1..
aku belajar dengan esan dari pukul 10:30pm..
gile kan? bukan giler sebab aku belajar dari pukul 2230 hingga 0512.. tapi giler sebab aku dan esan belajar...
Ikhwan dan Ihsan... mmg gila..
bukan apa.. tapi terpaksa... harini ada dua subjek boleh dianggap killer iaitu machine design aka yososolgae dan yolyokhak aka thermo(ini subjek si gemuk kimjonghyon)....

baik.. berbalik kepada aku menghafal.. ak ada xm ilbono(japanese) mlm tadi... so sbb ada 6 set dialog berbahasa jepun yang perlu aku hafalkan dengan jangka masa yang x smpi setengah hari(sbb pagi aku ada xm solidworks so xleyh tumpu kan ilbono jer)..
begini teknik aku menghafal..
mmg biasa bile ada sesuatu yang perlu aku hafalkan.. aku akn membaca petikan tersebut seberapa byk juta kali yang aku mampu...
selain itu aku juga akan mendengar benda yang aku ingin hafalkan berulang-ulang...
so untuk mendengar, aku recordkan suara aku dan pasang di komputer dengan mengesetkan ianya untuk repeat smpi laa komputer rosak atau aku mahu berhentikannya...
nak dijadikan cerita ak mmg ngantuk tapi ak hafal lagi... so aku pasang petikan tersebut dan tidur(aku tidur lambat mlm td maka kurang tidur)..
org yang datang ziarah rumah aku hari ini sempena raya pon pelik...
tidur buat cara tidur... xyah nak bajet study.. memekak jer...
tapi aku ada alasan sendiri.. kadang kala aku masih mampu mendengar semasa tidur..
keputusannya? syabas... aku bermimpi aku berjalan-jalan disekitar kolej sambil mulut aku terkumat-kamit menghafal petikan itu... tapi terkumat-kamit dalam mimpi laa..
bukan mengigau...
aku x sangka akan jadi begitu sekali...
dan bile aku bangun ingatan aku terhadap set-set dialog tersebut agak baik sepertinya aku sudah mula menghafal 2 jam yang lalu...
menarik x cerita aku?
mungkin laa menarik tapi kan... xm ilbono aku tetap tak terlalu menarik.. tak terlalu yakin tapi tak terlalu tak yakin...

Awas: Jangan salahkan penulis sekiranya cara ini tidak berkesan kepada anda... penulis sendiri mengambil risiko untuk melakukannya... Peluang untuk berjaya adalah sangat rendah bergantung pada nasib dan kemahuan serta keazaman yang tinggi

Thursday, November 27, 2008

From "een" to "y"

Just lyke the title mention it..
Nothing much... its just a change of letter "een" to "y"
toldcha.. bukannya bermaksud tiba2 aku petah berkata-kata dan berfikiran 10 tahun kehadapan
masih tak dapat tangkap apa yang aku katakan? takper takper.. kejap jer lagi.. nnt faham laa kamu...
pertamanya terima kasih pada cik siextyeight yang disayangi.. the call, msg and code tue more than enuff fer me.. means a lot.. even i didnt manage to break the code yet... *sedih*
keduanya kepada kawan2 yang datang mlm smalam..
bebdak rumah sendiri: napi, ammar, cikot
bebdak kawasan perumahan: bob, amy, apije, athir, dwen, ayie, raher, abu, khalid, topek, pak nab
bebdak officetel: nizam, umair, ecal, saram, cogot, fakhrul, ghani
or saper2 yang terlupa sebut nama kat atas tue sorry byk2...
n for those yang wish lalu ym...thx sgt2...
yang sms: akak, ikmal, mak, ejat
yang kasik testi kat fs, tinggal msg kat shoutbox..
yang mention n wish kat blog: kechique and husna(thx 4 da call oso even lmbt 9 jam)
hurm...
ohh.. lupa pula.. trima kasih khas juga pada ecal dan saram sebab menyambut bday aku sebulan awal kerana menyangka bday aku jatuh pada tanggal 26/10.. siap ada kek lagi

act terharu sgt2 since family aku sendiri bukan lah jenis family yang mengadakan majlis besar2an dan mempunyai kek utk dimakan bersama2
cukuplah sekadar ucapan dan lauk istimewa kegemaran si bday boy/girl/dad yang mak masak khas.. or kadang2 makan luar special sikit(ohh..utk pengetahuan family aku bukan jenis family yang slalu makan di luar.. mak aku seorang suri rumah maka kami tetap bahagia memakan masakan beliau)
tapi smalam aku terima 2 kek.. DUA.. biasa nyer tiada... jadi biler tiada menjadi dua maka ianya jadi sangat bermakna... thx sumer(kalau campur kek saram bulan lepas jadi 3 laa)
aku tak tahu nak tafsirkan macam mana terharu ini tapi aku tahu dan pasti aku sgt hargainya
n special thx utk nizam coz buat makan2 sket khas 4 dinner td kat bilik dia...
act da agak akan ada kek2 sumer ni sbb kat sini mcm dah jadi budaya...
yer laa kawan2 laa yang menjadi segalanya bila mempunyai kehidupan disini

perasaan aku sama jer
tiada yang berubah mendadak..
tidak.. ketinggian aku tetap sama..
cara bercakap pon tiada yang beza.. tidak matang secara tiba2..
masih lagi tidur semasa kelas kongjakbob slama 3jam harini kerana tidak memahami ayat2 cinta dan romantis kyosunim di hadapan..
tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kelas thermo kimjonghyon slama 2 jam harini
cumanya nikmat menjadi teen sudah hilang..
kini aku masuk golongan ty, twenty
patut laa mak aku masih layan aku macam bdak2 masa aku balek aritue...
mungkin lepas ini aku akan dilayan seperti seorang ty dan bukannya teen
hurmm

Monday, November 24, 2008

Dragon Ball kembali

Anda minat dragon ball? Kalau anda minat maka anda berada ditempat yang betul
Shonen Jump baru release satu short episod pasal dragon ball
cerita pasal adik bezita, tarble dtg kebumi mintak bantuan kalahkah 2 orang pengikut freeza...
nak tgk?
bukak link ni
http://www.jumpland.com/animetour/index_en.html

kena download browser dia dulu baru leh tgk
damn besh...
dragon ball mmg anime terbaik.. rindu giler dragon ball
kudos pada shonen jump

Wednesday, November 12, 2008

Subjek 3 kali

Apekah yang aku cuba maksudkan dengan subjek 3 kali?
Subjek 3 kali ni adalah subjek yang mana mempunyai 3 kali examnya dalam 1 sem..
Yang mana secara normalnya 1 subjek biasanya hanya mempunyai peperiksaan pertengahan penggal dan akhir penggal...
Tp subjek ni berbeza.. dia nak gak ada terlebih satu.. bajetnyer supaya lain daripada yang lain..
Dan biasa nyer dia juga bajet mudah kepada pelajar-pelajarnya..
ya aku akui.. mmg mudah.. sebab untuk satu kali exam, bab yang dirangkumi nya akan lebih sedikit dengan kata lain skop untuk dipelajarai adalah lebih kecil...
Tp yang masalahnyakan... tgk aku punyer situasi..
untuk peperiksaan junggan aka midterm... periksa aku baru sahaja tamat secara rasmi pada hari isnin yang lalu..
Tp ko bayangkan smalam merangkap hari selasa, aku dinobatkan dengan satu lagi darjah kesusahan..
ada plak xm mijok aka calculus 2nd xm...
mana x panas bai.. x smpt lagi bontot aku sejuk daripada duduk dalam dewan xm...
dah terbakar balek...
tak sempat aku merasai kebebasan untuk terbang keawangan seperti merpati putih yang x pernah ada exam...
arghhh... tension2...
mmg laa luar tu sejuk tp aku panas ni.. berasap-asap..
pastu timing nak jer x kena.. time aku rasa pening-pening nyamuk ni laa dia nak dtg mesyuarat PPMK laa.. itu laa ini laa..
kerja bertimbun.. sekarang saper nak tolong aku buat..
voleh tolong jawap?

Friday, November 7, 2008

Post untukmu lipas

Jangan baca jika anda bukan seekor lipas

aku tak pasti samaada aku pernah bercerita isu lipas dirumah aku melalui ruang ini atau tidak
tapi yang aku pasti aku tetap ingin bercerita mengenai lipas pada post kali ini dengan harapan ada lipas-lipas diluar sana yang terpelajar dan mampu membaca blog aku...
jikalau ada tolong la sampai kan pada kawan2 mu itu... aku sudah tidak tertahanan lagi
kamu sudah bagaikan bangsa yahudi bagiku... bertebaran dimuka bumi rumah aku tanpa mempunyai tanah atau negara sendiri..
hidup menumpang kasih empunya tanah...
tahu laa kitorang kaya.. mempunyai stok makanan yang aku yakin mampu menghidupkan keturunanmu bergenerasi lamanya..
tahu takut biler aku bukak lampu.. bagaikan lipas yang kudung(ini sebuah pepetah melayu baru)
tahu lari biler terang dan tunjuk berani biler gelap..
sudah tahu bertanya pula siapa..
kamu la...
lagi satu pesan kat kawan2 mu.. aku tak larat bunuh yang kat ruang tamu itu
sukati kamu la selagi mana kamu x masuk bilik aku...
aku x kesah tgn aku kotor dengan memenyekkan usus, hati, buah pinggang mahupun tahi kamu.. janji kamu mati..
puas hati melihat kamu dipenyekkan dgn tapak tanganku.. aku boleh basuh.. kamu mati tue boleh hidup balek ker?

Penulis baru sahaja melakukan pembunuhan beramai2 terhadap lipas dirumahnya dan sedang tertekan dengan gangguan lipas yang semakin menjadi-jadi di dalam rumahnya.. diharap pembaca semua dapat memahami

Tuesday, November 4, 2008

seram-seram kuku a ghost story

Seram-seram kuku a ghost story menampilkan pelakon seperti awie, atip dan juga posot.. tidak lupa juga penampilan khas ganu di hujung filem

Amaran: Jgn tonton jika anda mempunyai masalah x terkawal membuang air, keguguran jantung, sengal-sengal selepas xm, x jantan, baru membeli kamera baru, suka mengembek, suka maen game, suka makan atau penakut

Juga jangan menonton ketika tgh malam atau rumah anda berada di belakang hospital

Untuk mereka yang mempunyai internet sedikit laju



Batch 67 Annual Dinner Video (seram-seram kuku a ghost story)

Lambat internet anda?

ni link youtube http://kr.youtube.com/watch?v=yoTn6SV4d5U&feature=email

kenapa x nampak aku?

biasa la tue.. aku orang belakang tabir...

abes kenapa aku upload sebab xde aku?

sbb aku terlibat dlm pengeditan walaupon tuan director(fakhrul) lebeyh byk bekerja keras.. dan ini video batch aku..

lagi satu saje nak berkongsi.. korang pon leh laa gak kalo nak iklan video ni kat mana2...