Wednesday, April 15, 2009

Catatan ketika kelas Yugongab Konghak

Merancang perjalanan kehidupan adalah suatu imiginasi yang indah dan mudah. Semuanya berjalan mengikut kehendak dan perasaan. Halangan dapat diketepikan dan hany keseronokan diceritakan. Walaupun mengetahui tidak semuany akan berjalan seperti diimpikan, otak ini tetap terus membayangkan. Pembelajaran di depan hanya tinggal omongan, hanya pen biru ini menari di tangan. Baru lima minit masa berjalan terasa seperti satu jam dalam fikiran. Dan pen biru ini terus menari mengharapkan jarum jam mencapai angka 12. Hanya rehat sepuluh minit kuperlukan. Secawan kopi akan kucapai dan akan terus menyambung khayalan.

Catatan ketika kelas Yugongab Konghak 1150am


Aku tak tahu apa mahu ditulis ketika ini. Tapi ingin juga aku sambung karya-karya alienku. Maaf aku mengarut dan buang masa kamu untuk membaca. Kalau kamu hendak tahu apa aku buat apabila tidak paham sepatah haram kata-kata kyosu(lecturer). Ini salah satu contohnya. Aku hanya menulis mengikut ayat yang terlintas difikiran. Agak-agak bunyi sedap semua aku sebat. Tetapi biasanya aku akan penuhkan sahaja meja putih di depan mata dengan contengan buruk dan hina