Tuesday, February 23, 2010

What a day

Pergh, sumpah penat.
Sejam setengah duduk dalam flight diatas masalah teknikal aircond. So delayed. Last-last 2330 baru sampai HK. Memang abis what the heck la. Baru ingat nak snap gambar, tengok bateri camera kosong. Yes!! Dua-dua bateri. Nak pakai bateri AA, boleh jer. Tapi satu jer masalahnya, kastam rampas bateri IKEA aku dou. Keji lagi kejam. Aku rasa dah banyak kali gila kot aku lepas jer bawak bateri AA masuk airport. Haram jadah! 20 biji bateri last aku. Memang terasa taik lembu(BS).
Tapi at least dalam flight KLIA-HK tu jumper sonbei(senior) 3 orang, bart, farah ngan fairuz. Pastu ada plak si Khalid juga. Kira takde la lonely abes even tak duduk sebelah-sebelah pun. Now diorang dah belah gi Seoul sebab flight diorang pukul 0000. Tinggal la aku seorang balik.
Takpe, ini pengalaman hidup!! <-- Tolong paham jenis ayat ini. Hanya penyedap hati okay.
Sekarang nak cari port tidur plak. Sumpah best tido kat sini. Macam dalam cerita 'The Terminal'. Sambil baring nampak kapal terbang lalu-lalang. Itu je yang aku suka sebenarnya

Monday, February 22, 2010

Cara I packing bag or beg. Whatever lah

Ok wahai pembaca sekalian. Malam ni I nak ajar u all macam mana I packing bag selama ni.

1st sekali kan u all, u all kena laa kumpul kan dulu setempat semua barang-barang yang u all nak bawak tue. Mulakan step ini beberapa hari sebelum supaya tak ada barang-barang yang akan u all terlupa. Ni barang-barang I okay.
DSC_4291

Kalau u all nak tau, balek malaysia haritu I bawak dua-dua beg iaitu yang kanan dan yang kiri tu. Tp sebab I nak pindah dan cuba kurangkan barang di Korea nnt, I bawak satu beg jer. Beg belah kiri tue and beg camera. Payah tau nak angkut banyak-banyak beg musim-musim salju ni. Beku tangan I.

DSC_4289

[Okay-okay jangan komen apa barang aku bawak. Kuih raya tu makcik aku bagi. Aku tak sanggup kecewakan hati sendiri sebab kuih raya sangat sedap dimakan di Korea.]

Langkah keduanya kan, u all kena laa asingkan barang-barang yang u all nak guna pada hari nak berlepas tue. Nanti karang kalau dah termasuk or u all dah selit2 belah bawah beg tu, susah nak carik tau. Ni contoh yang I buat:
DSC_4288

Ok beralih kepada next step. U all carik barang-barang u all yang dalam bentuk pepejal tidak boleh berubah bentuk. Mungkin kotak, botol, balang, pinggan mangkuk dan sebagainya. Dalam kes I ni, I bawak balang kuih, botol-botol jem dan tuna-tuni.
DSC_4287

[Abaikan kaki I dalam gambar ni dan gambar-gambar yang lain ok? Tak sampai nya bau kaki I tue keluar monitor u all.]

Yang keempat. Ni penting jugak ni. U all carik apa-apa barang u all yang boleh bagi barang-barang dalam langkah ketiga tadi tidak bergerak? U get what I say? Isy!! Ni yang I marah ni. Tengok contoh gambar I ni, jangan banyak songeh.
DSC_4286
And lagi satu, cuba penuhkan ruang-ruang kecil yang ada dengan stokin or pakaian dalam korang tue. Rugi space jer tau kalau ada ruang-ruang rongga macam tu.

Ok. Kalau tadi tips untuk pakaian dalam, kelima ni u all kena cari plak pakaian-pakaian keras aka seluar-seluar luar u all tue. Yang sukar dipenyek-penyek.
DSC_4285

Step ke 6 ni senang jer u all. Package tangkap muat. Sumbat jer saki baki sampah sarap u all tue. Macam ni
DSC_4284

Next step ni, I cuba letakkan beberapa barangan yang keras dan padat laen. So nanti kan, beg u all tu tak mudah dipenyek-penyekkan apabila dibaling-baling dan dihumban di dalam kargo kelak.
DSC_4283

Ok. Dah penat maen sumabat-sumbat, u all kena make sure ada ruang kosong sikit kat atas tue. Dalam kes I kali ni, kat ruang kosong tu la I nak letak winter coat, glove sumer-sumer. Karang kat airport tak sempat jumper winter coat dah mati beku plak.
DSC_4282

So last skali beg I jadi la macam ni u all.
DSC_4281

PESANAN TERAKHIR: Dah siap kemas-kemas tu, make sure u all try timbang berat beg korang. So that tak lebih had muatan k. Nanti lebih I tak tolong u all bayar k.

Sekian sahaja post untuk malam ni. Sebenarnya ada post lain, pasal traveling alone. Tapi nanti laa. Mungkin masa transit di Hongkong

Jadual perjalanan aku nak balik kali ni.
Penang-Kuala Lumpur MH1143 1115 220210. Sejam
Kuala Lumpur-Hong Kong CX724 1745 220210 Empat Jam
Hong Kong-Incheon CX410 0940 230210 Tiga Jam
Incheon-Seoul Sejam
Seoul-Ulsan Maybe malam 230210 or 240210 Empat jam
Total: Tiga belas jam tidak termasuk waktu menunggu dan transit. Waktu menunggu dan transit sahaja sudah menghampiri lima belas jam. Ini kerja gila!!

Penat seyh. Tabah and gigih gila aku

Friday, February 19, 2010

"Tak gentleman betul laa"

Okay, cerita ni berlaku beberapa tahun lalu. Aku keluar bersama seorang rakan perempuan [ohh tidak, kami tidak keluar berdua. Ada dua orang rakan lelaki lain bersama. Dan penjelasan ini bukan untuk kamu, tapi untuk teman wanita aku kalau-kalau dia masih membuka blog ini].

Nak dijadikan cerita, kami pergi makan disebuah kedai makanan untuk menjamu perut pada waktu malam. Setelah makan, seperti biasa pembayaran dibuat tapi disebabkan struktur kedai yang agak sempit, hanya seorang boleh melalui pintu kedai pada satu masa.

Setelah dua rakan lelaki aku tadi keluar, aku telah meng'offer' pada rakan perempuan tersebut untuk keluar dulu. Tapi dia kata "takpe, keluarlah dulu". Mungkin kerana dilihat sebelah kaki aku sudah melangkah ke arah pintu. Dan itu tanggapan aku. So, aku pun tanpa berkata apa-apa meneruskan langkah aku. Dan apabila keluar sahaja kami daripada kedai makan tersebut, rakan perempuan itu berkata "apa la awak ni, tak gentleman betul laa".

Ohh! Cuba kamu bayangkan keadaan aku ketika itu. Dan masa itu baru aku tahu, aku sepatutnya insist supaya seorang wanita diutamakan dalam keadaan itu. Masa tu, aku terasa seperti seorang 무식한놈 ataupun seorang ignorant brat. Dalamnya ayat-ayat itu mencucuk jiwa aku. Pedih rasanya.

Sehingga kini, aku selalu menjaga tingkah laku dan cuba untuk mengutamakan wanita agar aku dipandang sedikit gentleman. Sorry lah kalau kamu kata aku poyo. Tapi benar, aku cukup jaga sekarang sebab kata-kata rakan aku tu terlalu mendalam dan kadang-kadang terngiang-ngiang dalam kepala. Tapi terima kasih kepada rakan tersebut, kerana kata-kata beliau kini aku arif dan lebih mengetahui ilmu kehidupan. Dan tahniah, kamu orang kedua yang tahu kisah ini selain kawan aku bernama Saram.

Nota kaki: Kawan tersebut tidak la seistimewa mana, tapi kami menggunakan "awak" dan "kita" apabila berbicara. Dan sekarang kami lost contact. Apapun, aku ingin berterima kasih sekali lagi kepada beliau diatas ilmu yang diberikan pada waktu itu.

Nota kaki II: Lihat, idea datang setelah aku baring setengah jam di atas katil. Aku baru sahaja terlelap tapi ayat pedas rakan aku tu tiba-tiba terngiang dalam fikiran.

INI ADALAH SALAH SATU SIRI PENGALAMAN HIDUP AKU. DAN AKU RASA ADA BEBERAPA LAGI YANG MAHU DIKONGSIKAN BERSAMA. HARAP AKU DAPAT TERUSKAN SEMANGAT MENULIS INI.

Wednesday, February 17, 2010

A man with his plan

Benar.

Aku suka merancang sesuatu. Aku suka melihat dimana letaknya diri aku 4-5 tahun kehadapan. Aku lebih gemar melalui kehidupan aku dgn plan aku tersendiri. Even untuk bercakap pun, aku lebih suka berfikir dan bercakap dalam hati dulu beberapa kali sebelum melepaskannya pada pihak yang lain. Kalau tidak kamu akan dengar aku bercakap kosong jer, takde isi dan merepek lebih. Contoh: ada seorang pakcik korea tanya kau soalan atas bus[tak kisah la pasal apa pun], and then semua soalan tu kau dah sedia dengan jawapan-jawapannya. Tak ker kembang hidung kau kejap. Banding kau tak tahu nak jawab apa pastu dgn munpop(struktur ayat) pun bersepah, harapan laa kan. Terus turun bus ada la. Malu beb!

Semuanya akan bermula dengan berangan-angan. Dan daripada angan-angan itu, aku cuba untuk membuat satu jalan cerita yang aku kehendaki. Dengan buat macam ni, aku lebih nampak kemana hala tuju dan keinginan aku. Terus terang aku katakan, inilah diri aku.

Tapi setakat ni, aku hanya nampak dan plan 3-5 tahun akan datang. Bukan apa, susah untuk duga terlalu jauh. Even utk tahun ke 4 dan 5 pun sangat blur. Dan aku juga tidak berani untuk merancang sejauh 10-20 tahun. Sehebat mana pun aku rancang, bagi aku tempoh tersebut terlalu 'risky' dan akan terlalu mudah kecewakan aku kelak. Impak dan kesannya, SGT BESAR. Bagi aku juga, nanti aku akan terlalu lebih hidup dalam angan-angan dan bukannya dalam realiti.

Biasanya, aku banyak berfikir pada waktu kelas dan tempoh ketika aku baring dan hendak melelapkan mata. Aku sendiri pun tak dapat nak halang diri aku daripada berfikir waktu tu. Sebab tu ada ketikanya aku akan tidur 4jam selepas aku baring di atas katil. Sebab banyak sangat yang dipikirkan. Idea-idea menulis blog pun selalu muncul pada detik-detik ni. Tapi sebab tak dicatitkan ideanya, byk fikiran tu akan hilang macam tu jer. Lagi satu, adrenaline aku sgt berfungsi waktu tu. So bila takde adrenaline nya, aku jadi super malas. Akibatnya? Blog ni dah tersadai terlalu lama.

Bagi aku hidup dengan merancang ini lebih seronok. Sebab apa? Sebab aku lebih tahu apa yang aku mahukan dan bagaimana 'flow' hidup aku. Mungkin ada yang akan cakap BS(taik lembu)! sebab bagi mereka, mereka lebih gemari kehidupan yang penuh dengan kejutan. Biarkan masa yang menentukan segalanya. Betul tu. Aku sokong juga sebab kehidupan begitu lebih menyeronokkan dan life with a plan sebenarnya akan lebih memberikan kekecewaan yang lebih besar daripada tak merancang. Disappointment nya terlalu besar. Setelah penat kau rancang, lepas tue apa benda yang kau rancang tu semua tinggal mimpi. Sumpah down. Sebab kau macam meletakkan satu tanda aras dan harapan yang tinggi untuk sesuatu benda. 기대(expectation) punyer pasal. So bila benda tu dah tak jadi, memang padan muka kau la.

Betul la merancang ni seronok. Tapi kehidupan kau akan lebih berkait rapat dengan society. Kau memang nak benda macam tu, tapi orang lain tak dapat memainkan peranan dalam jalan cerita dongeng kau. Lain la kau boleh paksa diorang mcm tu. So in the end, kau menonggeng lagi.

Contoh perancangan gagal dalam hidup aku: Masa dah half belajar ono(bahasa) dulu, aku plan nak masuk DYTC(kolej aku) lepas tue masuk Ulsan Uni amek naval architecture. Tapi lepas dah tinggal satu sem last dekat DYTC, penasihat JPA kata UOU(University of Ulsan) dah tak boleh masuk plak. Gelabah abis aku. Menonggengnya tak payah cerita la kan. Dah la dah gebang abis kat semua orang nak masuk sini. Aku rancang balik kehidupan aku untuk beberapa tahun akan datang. Aku amek subjek-subjek yang boleh injong(transfer) pegi Korea Uni aka Kodae(aku apply plak uni ni lepas UOU takleh masuk). Lepas tu aku pergi la interview jadah-jadah semua and managed to be accepted masuk Kodae ni. Lepas tu tiba-tiba jer yang si penasihat JPA ni bukak balik UOU untuk apply. Jadah dia la(memang aku carut kejap tapi pastu aku berterima kasih balik). Tapi aku apply dgn risk-risk baru yang tak ada dalam perancangan aku awal-awal dulu. So sekarang semua benda yang aku rancang tetap tak sama dengan apa yang aku bayangkan.

See? Kau rancang laa macam mana detail sekali pun, tapi kalau tak dapat apa yang kau nak, nasib la kan.

PADAN MUKA!

PS: Disappointment is the risk you must take when you put your hope too high. Dengan kata lain, apabila kau hidup dalam perancangan.