Monday, March 1, 2010

Kembali ke teknologi 5 tahun yang lalu

Kalau kamu pengguna internet daripada zaman 9-10 tahun yang lalu, aku jamin kamu pernah menggunakan software mIrc. Bila sebut je mIrc, benda basic yang orang akan ingat adalah "asl" which stand for age/sex/location. Ada satu kejadian masa aku form 2, ada seorang rakan ni dia baru mula nak berjinak-jinak dengan software mIrc. Bila ditanya "asl", dijawab 'asal dari penang tapi sekarang duduk kat alor setar'. Perghh. Kena plak time tue kelas komputer. So ramai-ramai la tengah kerumun si mamat ni sebab dia dapat chatting dengan awek yang nick leh tahan hot. Apa lagi, jadi bahan gelak-tawa la si mamat seorang ni. Satu kelas gelakkan dia. Biasa la, noob lagi.

Tapi bagi aku, mIrc ni ada satu kegunaan lain. Masa 5 tahun dulu, aku jarang gunakan mIrc untuk berchat. Awal-awal jer kejap aku jadikan mIrc ni medium untuk chat. Kalau korang pengguna yang advance sikit, tentu korang tahu apa satu lagi kegunaan mIrc.
Aku guna mIrc untuk download anime. Habis beratus-ratus episod anime aku download lepas SPM lalu mIrc.

Betul! Tak tipu. Zaman tu torrent super duper lembab. 1kb/s pun belum tentu. Dengan internet Malaysia yang terkenal dengan kelajuannya lagi. Dapat 5kb/s pun dah rasa nak sujud syukur. Tapi beb, bila kau guna mirc ni, kau boleh capai 15-20kb/s. Puas tu, orgasm abes!! Siap boleh main resume-resume lagi. Rasa nak tidur je, boleh off kejap. Dia gunakan sistem bot, so mean korang boleh request kat bot file apa yang korang nak. Kira macam direct download juga la sebab 1 on 1 file sharing. Selain anime ada juga file-file lain macam movie, series, software dan tak ketinggalan porn. <-- aku tak buat *gaya tak bersalah*. Macam ni contoh kalau korang nak request file daripada bot, "/msg Ginpachi-Sensei[nama bot tu] xdcc send #570".

Kenapa aku buat post ni? Sebenarnya lepas aku dah pindah masuk gisuksa(hostel) kat Ulsan Uni ni, semua nampak hampir sempurna. Internet free, letrik free, air free. Tapi satu je kekurangan yang paling menyeksakan aku. Dia boleh plak block torrent. Boleh guna je, tapi untuk certain private tracker. Kalau korang guna torrentz, mininova, thepiratebay etc jangan mimpi la nak gerak 1kb/s pun. Basic sangat. So sebab sangap yang teramat nak download benda, semalam aku cuba balik install mIrc ni. Tup tap tup tap. Tadaaa~~

Dapat download Fullmetal Alchemist. 900kb/s lancar tanpa sebarang sekatan polis trafik. So sekarang aku nak cari channel-channel lain untuk download movie dan tv series. Lalalalaaa~~~~

*Gelak dengan muka bangga*. Harapan la nak sekat aku dari download mendownload ni.