Thursday, September 30, 2010

Apa yang kamu mahu?

Beritahu aku apa yang kamu mahu? Aku pasti kamu juga tidak tahu apa yang kamu mahu.

Apa yang patut aku buat, bagaimana perlu aku buat, luahkan sahaja semuanya.

Aku tanya, kamu lari. Aku cuba selesaikan, kamu elakkan diri.

Akhirnya tiada ketemuan tindakan lanjut. Masing-masing berdiam diri.

Biar aku tanya lagi, APA YANG KAMU MAHU?

Kehidupan yang mendatar

Aku tak tahu nak kata apa. Tapi malam ni aku tergerak untuk menulis yang aku pun x pasti apa isi penulisannya. Aku banyak termenung akhir-akhir ni. Banyak yang berserabut dalam otak. Tapi begini la kehidupan aku, hanya mendatar.

Kadang-kala ada benda yang kita mahu tapi kita tidak mampu. Bermimpi la selama mana, tapi tidak ketemu. Aku juga buntu. Pusing ke sana tidak dapat pusing ke sini juga tidak dijumpai. Sedih juga bila difikirkan aku lebih banyak mencari-Nya bila ada sesuatu yang cuba aku figure out. Tapi itu lumrah manusia. Aku takut juga bagaimana kalau aku sudah dekat dengan-Nya tapi secara tiba-tiba aku terpesong kembali.

Akhir-akhir ini juga aku banyak cuba sibukkan diri aku. Aku bersukan, bermain bola di waktu petang, mengambil kelas renang dan beberapa aktiviti lain. Apa yang aku mahukan? Entah. Masih mencari sebabnya.

Secara jujurnya, aku bukanlah jenis orang yang suka berkongsi cerita hidup aku. Bila orang bertanya, aku luahkan yang gembira sahaja. Ini aku. Bila orang minta pendapat pun aku bukan jenis yang mampu dipaut. Sebenarnya hidup aku lebih kepada kepura-puraan tapi inilah aku.

Kebelakangan ini juga aku hanya banyak habiskan masa dengan mendengar lagu dalam playlist aku tanpa berbuat apa-apa yang lain. Aku cuba hayati bait-bait lagu yang ada. Ayat-ayat dan apa yang cuba disampaikan oleh penulis.

P/S: Entah kenapa akhir-akhir ni aku benar-benar ingin mencapai sebatang rokok dan menghisap nya. Bagaikan ada satu daya tarikan yang kuat. Aku ingin melepaskan segala-galanya!!

Aku pernah menghisap rokok sekali sahaja seumur hidup aku. Tak tipu ni. Masa umur 4 atau 5 tahun.

Hari ini hidung aku berdarah kembali. Entah kenapa, tanpa sebab yang aku tak tahu selama 22 tahun hidup.