Monday, October 18, 2010

Nak muntah belajar

Quoted daripada tweet seorang kawan di tweeter
[bila ditanya, "belajar dalam korean ke?" jawab "ya" dibalas "eee, bestnya". hak tuih!]
dan dijawab pula oleh seorang rakan yang lain
[eee my ass]
Haha.. lawakkan? Seriously? Ada kebenaran. Ko cuba ngadap tulisan-tulisan ni dalam bahasa engineering. Boleh muntah hijau kekuning-kuningan campur cili yang ko makan siang tadi.
Belajar dalam bahasa korea mmg hampeh tapi tahu bahasa korea pulak cerita lain. Kalau kau kerja dengan company korea, elaun bahasa jer dah RM500, normally.
Nak dijadikan cerita dulu masa pergi jepun, hari pertama dekat Tokyo ada dua orang kawan bawak pergi cari tempat tido dekat sebuah bandar yang tak ingat dah namanya. Tapi bandar ni leh kata ala-ala Korean-town la. Penuh tulisan dan orang-orangnya.
Tempat yang nak disewa ni boleh dikatakan apartment yang ada banyak-banyak compartment. Dan student Malaysia selalu sewa kat situ sebab murah.
Lepas tu kawan tu cuba laa bincang dengan tuan rumah kata nak sewa untuk 4 orang. $^@*&^$(@&^$#!$^!*!#% << Dalam bahasa Jepun.
Tup tap tup tap makcik tu kata takde compartment kosong sebab kebetulan time tu dah lewat malam.
Then ada customer lain(orang korea) mintak bilik. Aku dengan Esan dengar jer la sebab dah kebetulan boleh paham. Tengok-tengok mamat tu dapat bilik.
Lepas tu aku pergi pulak dengan Esan kat makcik tue.
Cakap dalam korean OK!
Tokojot makcik tu, bukan main suka lagi dia.
Dia cakap memang takde bilik tapi takper, dia boleh halau suami dia punya tempat tido. Suami dia leh cari tempat lain katanya. Haha. Lek-lek jer dia leh halau suami dia untuk kitorang.
Lega ada gak tempat tinggal malam tue.

P/S: Kalau ko reti cakap korea tapi duduk kat Seoul memang tak jadi apa la. Certain orang mungkin teruja. Tapi cuba duduk luar bandar atau bukan kat Korea. Leh jadi pujaan haa!

Tunggu masa jer ni nak muntah. Juling dah mata tgk ㄱㄴㄷㄹㅂㅅ bercampur simbol-simbol greek.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bluekk~!!!!!

Friday, October 1, 2010

Kelepush~! Celup~!

Kelepush kelepush bunyi air. Perginya tak ke mana pon. Saper kata berenang tu mudah?

Memang mudah kalau main sebat kayuh jer. Dulu aku pun ingt senang sebab kalau takat pergi air terjun, jeram or pantai bergerak-gerak jugak aku.

Tapi bila dah amek kelas ni, buat ikut teknik. Serius susah. 1 2 3 amek nafas. 1 2 3 dah pancit. Adeyh. Masa kelas renang ni la ko boleh nampak ada yang macam dugong lah, muatan besar tapi CC pon besar jugak. Ada yang macam ikan terbang pun ada. Aku? Perghh.

Macam submarine dou~! Bukan stay kat atas tapi makin lama makin tenggelam.

P/S; Tolong jangan bayangkan aku dalam seluar renang. Nanti menyesal!!

Renang ni orang kata sukan Nabi. So kalau belajar tu kira ikut sunah lah