Monday, October 18, 2010

Nak muntah belajar

Quoted daripada tweet seorang kawan di tweeter
[bila ditanya, "belajar dalam korean ke?" jawab "ya" dibalas "eee, bestnya". hak tuih!]
dan dijawab pula oleh seorang rakan yang lain
[eee my ass]
Haha.. lawakkan? Seriously? Ada kebenaran. Ko cuba ngadap tulisan-tulisan ni dalam bahasa engineering. Boleh muntah hijau kekuning-kuningan campur cili yang ko makan siang tadi.
Belajar dalam bahasa korea mmg hampeh tapi tahu bahasa korea pulak cerita lain. Kalau kau kerja dengan company korea, elaun bahasa jer dah RM500, normally.
Nak dijadikan cerita dulu masa pergi jepun, hari pertama dekat Tokyo ada dua orang kawan bawak pergi cari tempat tido dekat sebuah bandar yang tak ingat dah namanya. Tapi bandar ni leh kata ala-ala Korean-town la. Penuh tulisan dan orang-orangnya.
Tempat yang nak disewa ni boleh dikatakan apartment yang ada banyak-banyak compartment. Dan student Malaysia selalu sewa kat situ sebab murah.
Lepas tu kawan tu cuba laa bincang dengan tuan rumah kata nak sewa untuk 4 orang. $^@*&^$(@&^$#!$^!*!#% << Dalam bahasa Jepun.
Tup tap tup tap makcik tu kata takde compartment kosong sebab kebetulan time tu dah lewat malam.
Then ada customer lain(orang korea) mintak bilik. Aku dengan Esan dengar jer la sebab dah kebetulan boleh paham. Tengok-tengok mamat tu dapat bilik.
Lepas tu aku pergi pulak dengan Esan kat makcik tue.
Cakap dalam korean OK!
Tokojot makcik tu, bukan main suka lagi dia.
Dia cakap memang takde bilik tapi takper, dia boleh halau suami dia punya tempat tido. Suami dia leh cari tempat lain katanya. Haha. Lek-lek jer dia leh halau suami dia untuk kitorang.
Lega ada gak tempat tinggal malam tue.

P/S: Kalau ko reti cakap korea tapi duduk kat Seoul memang tak jadi apa la. Certain orang mungkin teruja. Tapi cuba duduk luar bandar atau bukan kat Korea. Leh jadi pujaan haa!

Tunggu masa jer ni nak muntah. Juling dah mata tgk ㄱㄴㄷㄹㅂㅅ bercampur simbol-simbol greek.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bluekk~!!!!!

4 comments:

LiTtLe SoLdieR oF aLmiGhTy said...

haha... sama seperti pndai ckp indon bla jumpa pak cik yg jual brg kt victoria market kt melbourne -> dpt harga lagi murah mau pun free brg baru!! tak pon tau ckp jawa bila ada di yogya !! :P

Syam said...

Salam
Nanti ajo aku bahase korea ye em
Aku dok suka dgr lagu2 2pm, bigbang, tapi xpaham pon.
Hehe

mrpall said...

salam knal yah aku dah mampir

Emelia Ermilia said...

haa..mesti lagi sukar kan study engineerg dlm bahasa korea..cik E phm..sy yg study dlm english n bm pn dah pening..